ad

Jualan Ehsan Rahmah sempena Deepavali tawar harga murah di lapan lokasi hari ini

19 Okt 2025, 12:00 AM
Jualan Ehsan Rahmah sempena Deepavali tawar harga murah di lapan lokasi hari ini

SHAH ALAM, 19 OKT: Inisiatif Jualan Ehsan Rahmah (JER) sempena sambutan Deepavali bakal berlangsung di lapan lokasi seluruh Selangor hari ini, menawarkan pelbagai barangan keperluan asas pada harga lebih rendah.

Program anjuran Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) dengan kerjasama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) itu berlangsung dari 9 pagi hingga 1 tengah hari, manakala bagi kawasan Semenyih dan Meru bermula 4 petang hingga 7 malam.

Brikut lokasi terlibat:

Antara barangan dijual pada harga murah termasuk ayam RM10 seekor, ikan RM6 sekilogram, beras 5kg RM12, telur sepapan RM10, minyak masak 1kg RM5, serta daging kambing 500g RM12 berbanding harga pasaran RM40 sekilogram.

Program tersebut bertujuan membantu rakyat menghadapi peningkatan kos sara hidup di samping menyemarakkan semangat perpaduan menjelang sambutan Deepavali.

Orang ramai boleh menyemak jadual terkini jualan di seluruh negeri menerusi pautan linktr.ee/myPKPS