Pra-pendaftaran sukarelawan SUKMA Selangor 2026 dibuka hujung minggu ini

18 Okt 2025, 1:45 AM
Pra-pendaftaran sukarelawan SUKMA Selangor 2026 dibuka hujung minggu ini

SHAH ALAM, 18 OKT: Pra-pendaftaran Sukarelawan Sukan Malaysia (SUKMA) XXII dan Para SUKMA Selangor 2026 kumpulan kedua akan dibuka secara eksklusif sempena Asean Sports Industry Expo 2025 hujung minggu ini.

Orang ramai yang berminat boleh mengunjungi reruai pendaftaran di Setia City Convention Centre dari 17 hingga 19 Oktober bagi menyertai pasukan sukarelawan temasya sukan terbesar negara itu.

Penganjur turut menawarkan cenderahati eksklusif SUKMA Selangor 2026 kepada pengunjung yang mendaftar sepanjang ekspo berlangsung.

SUKMA dan Para SUKMA Selangor 2026 dijadual berlangsung tahun depan dengan penyertaan atlet dari seluruh negara bagi merebut gelaran juara sukan dwitahunan berprestij itu.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.