ad

PKNS umum 10 pemenang Kempen Buy & Win, hadiah bernilai hingga RM100,000

17 Okt 2025, 1:37 PM
PKNS umum 10 pemenang Kempen Buy & Win, hadiah bernilai hingga RM100,000

SHAH ALAM, 17 OKT: Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) mengumumkan 10 pemenang bagi bulan September dalam Kempen Buy & Win menerusi satu majlis ringkas di Datum Jelatek Residence, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Dalam kenyataan, PKNS berkata kempen itu bertujuan menghargai kepercayaan serta sokongan pembeli selain menggalakkan lebih ramai memiliki kediaman berkualiti dengan nilai terbaik.

Berikut senarai 10 pemenang bertuah:

Projek Aludra Residensi (Cyber Valley)

  • Nor Hamizah Abdul Razak

Projek Auva (rumah teres dua tingkat, Cyber Valley)

  • Mohammad Nor Izzuddin Amaran

  • Siti Zubaidah Mohd Nor

  • Nur Syazalina Abdul Kadir

Projek Linkar 52 (pangsapuri servis SA Sentral, Shah Alam)

  • Farah Wahidah Abdul Sukor

  • Siti Aisyah Mohammed Adnan

  • Shahrul Ekhsan Hasim

  • Thilagan a/l Santhira Segaram

Projek Hijauan Enklaf (Setia Alam)

  • Ku Boon Siang

Projek Datum Jelatek Residence (Kuala Lumpur)

  • Batrisyia Muhd Rumiza

Setiap pemenang membawa pulang hadiah eksklusif seperti jongkong emas seberat lima gram, jam tangan Apple Watch Series 10, iPad, konsol permainan Sony PlayStation 5, dan pakej percutian eksklusif selama tiga hari dua malam.

Kempen Buy & Win berlangsung dari 1 September hingga 30 November melalui dua subkempen utama iaitu PKNS Homes Beli Terus Onz! dan PKNS Homes Big Bonus yang menawarkan hadiah keseluruhan bernilai RM100,000 kepada pembeli unit hartanah terpilih yang menandatangani perjanjian jual beli dengan kadar segera.

PKNS memaklumkan, pengumuman rasmi bagi pemenang bulan Oktober dan November akan dibuat secara berperingkat melalui platform media sosial rasmi PKNS Homes.

Maklumat lanjut mengenai kempen serta projek-projek PKNS boleh diperoleh di laman sesawang www.pkns.gov.my atau media sosial rasmi PKNS dan PKNS Homes di Facebook serta Instagram.

Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada Bahagian Jualan PKNS di talian 03-5525 0300 atau melalui WhatsApp 010-928 0187.