ad

Seluruh Selangor, KL dan Putrajaya diramal hujan lebat hingga 7 malam

17 Okt 2025, 9:07 AM

KUALA LUMPUR, 17 OKT: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan hujan lebat melanda seluruh Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya hingga 7 malam.

Agensi itu dalam kenyataan turut memaklumkan cuaca sama dijangka melanda seluruh Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Pahang selain beberapa kawasan di Kelantan, Terengganu, Negeri Sembilan, Johor, Sarawak dan Sabah.

Menurut MetMalaysia, amaran ribut petir dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda hujan lebat dengan intensiti melebihi 20 milimeter sejam yang dijangka berterusan lebih sejam.

Amaran ini adalah amaran jangka pendek yang sah selama maksimum enam jam bagi satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan agar sentiasa merujuk laman sesawang rasmi MetMalaysia di www.met.gov.my, mengikuti media sosial mereka serta memuat turun aplikasi myCuaca untuk mendapatkan maklumat terkini dan tepat.