ad

Hulu Langat diramal ribut petir hingga 4 petang

15 Okt 2025, 5:42 AM
Hulu Langat diramal ribut petir hingga 4 petang

SHAH ALAM, 15 OKT: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan hujan lebat dan ribut petir melanda Hulu Langat.

Amaran sama dikeluarkan melibatkan beberapa daerah di Terengganu, Pahang, Negeri Sembilan, Melaka, Johor dan Sabah hingga 4 petang.

MetMalaysia juga meramalkan hujan lebat dan ribut petir melanda beberapa daerah di Perak dan Pahang.

Menurut MetMalaysia, amaran ribut petir dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda hujan lebat dengan intensiti melebihi 20 milimeter sejam yang dijangka berterusan lebih sejam.

Amaran ini adalah amaran jangka pendek yang sah selama maksimum enam jam bagi satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan agar sentiasa merujuk laman sesawang rasmi MetMalaysia di www.met.gov.my, mengikuti media sosial mereka serta memuat turun aplikasi myCuaca untuk mendapatkan maklumat terkini dan tepat.