ad

Israel mula bebaskan tahanan Palestin di bawah perjanjian gencatan senjata Gaza

13 Okt 2025, 10:58 AM
Israel mula bebaskan tahanan Palestin di bawah perjanjian gencatan senjata Gaza

ISTANBUL, 13 OKT: Israel mula membebaskan tahanan Palestin hari ini di bawah perjanjian gencatan senjata Gaza.

Menurut Anadolu Ajansi, Pejabat Media Tahanan Palestin yang dikendalikan Hamas memaklumkan bahawa bas membawa tahanan yang dibebaskan telah bergerak dari Penjara Ofer di barat Ramallah ke bandar Beitunia di Tebing Barat yang diduduki.

Bas yang membawa tahanan yang dibebaskan dari Penjara Negev di selatan Israel juga bergerak menuju ke Semenanjung Gaza, menurut pejabat itu.

Pembebasan itu dibuat selepas Hamas menyerahkan 20 tawanan Israel yang masih hidup di bawah fasa pertama perjanjian gencatan senjata Gaza.

Menurut laporan, seramai 1,968 tahanan Palestin, termasuk 250 yang dijatuhi hukuman penjara seumur hidup akan dibebaskan di bawah perjanjian gencatan senjata itu.

- BERNAMA-ANADOLU