GAZA, 1 OKT: Seramai 13 tahanan Palestin dari Semenanjung Gaza dibebaskan pada Rabu, menurut koresponden Agensi Berita Palestin (WAFA).
Kesemua 13 tahanan itu dipindahkan ke Hospital Syuhada Al-Aqsa di Deir al-Balah selepas mereka dibebaskan melalui pusat pemeriksaan Kissufim.
Sumber perubatan menggambarkan keadaan kesihatan kesemua tahanan sebagai sangat teruk, akibat tindakan penindasan oleh Penjara Israel.
Sejak bermulanya serangan berterusan, Israel membebaskan secara berkala kumpulan tahanan Palestin yang ditahan semasa operasi ketenteraannya di Semenanjung Gaza.