SHAH ALAM, 13 OKT: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Selangor akan mengadakan jualan lelong awam membabitkan 200 kenderaan pelbagai jenis pada 5 November bermula jam 9 pagi di pekarangan Dewan Setia, JPJ Negeri Selangor, Jalan Padang Jawa, Seksyen 16 di sini.
Menurut kenyataan JPJ Selangor, dua kategori kenderaan akan dilelong iaitu boleh dilesenkan dan tidak boleh dilesenkan.
Dokumen tawaran yang mengandungi butiran kenderaan dan syarat lelongan boleh diperoleh mulai 29 Oktober hingga 4 November 2025 di Bahagian Khidmat Pengurusan JPJ Selangor dengan bayaran RM100 senaskhah.
Orang ramai boleh melihat sendiri kenderaan yang akan dilelong mulai 3 hingga 4 November 2025 dari jam 9 pagi hingga 4 petang di lokasi sama.
JPJ Selangor memaklumkan penyertaan lelongan ini terbuka kepada warganegara Malaysia sahaja, manakala sebarang pertanyaan boleh dibuat melalui talian 03-55669454.
