ad

Selangor, KL dan Putrajaya diramal ribut petir hingga 5 petang

12 Okt 2025, 6:23 AM
Selangor, KL dan Putrajaya diramal ribut petir hingga 5 petang

SHAH ALAM, 12 OKT: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan hujan lebat dan ribut petir melanda seluruh Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya hingga 5 petang.

Amaran sama dikeluarkan melibatkan seluruh Perlis dan beberapa daerah di Kedah, Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Negeri Sembilan dan Sarawak.

MetMalaysia juga meramalkan hujan lebat dan ribut petir melanda beberapa daerah di Perak, Kelantan, Pahang, Negeri Sembilan, Johor, Sarawak dan Sabah.

Menurut MetMalaysia, amaran ribut petir dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda hujan lebat dengan intensiti melebihi 20 milimeter sejam yang dijangka berterusan lebih sejam.

Amaran ini adalah amaran jangka pendek yang sah selama maksimum enam jam bagi satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan agar sentiasa merujuk laman sesawang rasmi MetMalaysia di www.met.gov.my, mengikuti media sosial mereka serta memuat turun aplikasi myCuaca untuk mendapatkan maklumat terkini dan tepat.