Belanjawan 2026 beri kelegaan, ringankan tekanan kos sara hidup

11 Okt 2025, 5:00 AM
Belanjawan 2026 beri kelegaan, ringankan tekanan kos sara hidup
Belanjawan 2026 beri kelegaan, ringankan tekanan kos sara hidup
Belanjawan 2026 beri kelegaan, ringankan tekanan kos sara hidup

SHAH ALAM, 11 OKT: Belanjawan 2026 yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam disambut baik rakyat kerana disifatkan menyeluruh dan mampu meredakan tekanan kos sara hidup.

Kakitangan swasta, Shamrahrmi Samsuddin, 54, berkata tumpuan kerajaan terhadap bantuan rakyat seperti Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) membuktikan keprihatinan terhadap cabaran ekonomi semasa.

Shamrahrmi Samsuddin, 54,

“Tambahan peruntukan kepada STR dan SARA sangat membantu meringankan beban rakyat.Lagipun kos sara hidup semakin meningkat, jadi apabila ada bantuan SARA ini sekurang-kurangnya kami rasa lega sedikit kerana ada sokongan untuk tampung keperluan asas,” katanya kepada Media Selangor.

Sementara itu, Fatin Ab Rahim, 36, menyifatkan inisiatif pendidikan percuma kepada anak golongan miskin sebagai langkah tepat dalam membina masa depan lebih baik.

Fatin Ab Rahim, 36,

“Pendidikan percuma ini satu inisiatif yang sangat baik. Harap pelajar ambil peluang ini untuk sambung belajar dan capai cita-cita mereka. Ia juga dapat meringankan beban keluarga,” katanya.

Bagi Maslina Abd Karim, 46, pula, pengumuman bantuan khas kepada penjawat awam menunjukkan kerajaan tidak mengabaikan kebajikan kakitangannya.

Maslina Abd Karim, 46,

“Apabila kerajaan beri perhatian kepada penjawat awam, kami rasa sangat dihargai. Bonus ini memberi semangat untuk bekerja dengan lebih tekun,” katanya yang menyambut baik pemberian tahunan tersebut.

Belanjawan 2026 yang dibentangkan oleh Anwar selaku Menteri Kewangan di Dewan Rakyat semalam memperuntukkan RM470 bilion, merangkumi RM338.2 bilion untuk perbelanjaan mengurus dan RM81 bilion bagi pembangunan.

Bertemakan Belanjawan MADANI Keempat: Belanjawan Rakyat, dokumen berkenaan berpaksikan tiga tonggak Ekonomi MADANI dan sembilan tekad utama, sekali gus mencerminkan komitmen kerajaan ke arah kebangkitan serta pembaharuan nasional secara menyeluruh.