SHAH ALAM, 11 OKT: Empat premis Tabika baharu akan dibina di Kampung Orang Asli termasuk Kampung Taman Desa Kemandol, Kuala Langat menerusi Belanjawan 2026 maklum Perdana Menteri.
Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata menerusi Belanjawan 2026, RM13 juta diperuntuk bagi menaik taraf premis Tabika di Kampung Orang Asli seluruh negara termasuk pembinaan empat premis tabika baharu.
Tiga lagi premis baharu adalah di Kampung Kuala Terbol, Temerloh, Pahang; Kampung Tanjung Tuan, Mersing, Johor dan Kampung Uli Kuang, Gombak.
Selain itu, Anwar berkata jalan di Kampung Orang Asli akan ditambah baik dengan kos RM155 juta termasuk jalan baharu di Kampung Orang Asli Batu Peti dan Panchor, Jempol, Negeri Sembilan serta Kampung Orang Asli Sungai Mai, Jerantut, Pahang.
Anwar berkata bagi menangani isu keciciran murid, kerajaan akan turut memperluas Prgram Chup Badui Sikulah, sekolah terapung di Hulu Perak bagi mendidik lebih 350 anak-anak Orang Asli di kawasan itu.



