RM46.5 bilion untuk KKM, 4,500 doktor kontrak ditawar jawatan tetap

10 Okt 2025, 10:06 AM
RM46.5 bilion untuk KKM, 4,500 doktor kontrak ditawar jawatan tetap

SHAH ALAM, 10 OKT: Sebanyak RM46.5 bilion diperuntuk dalam Belanjawan 2026 kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), meningkat berbanding RM45.3 bilion tahun ini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut beliau, peruntukan itu menumpukan kepada enam keutamaan utama sektor kesihatan bagi memastikan sistem kesihatan negara terus kukuh dan berdaya saing.

Antara peruntukan untuk sektor kesihatan tersebut:

  • Kerjasama bagi menyumber luar pesakit ke hospital tentera, universiti dan swasta (RM140 juta).

  • Wad-wad hospital daerah seluruh negara akan dinaik taraf (RM100 juta).

  • Kerajaan meluluskan seramai 4,500 doktor kontrak akan ditawarkan jawatan tetap tahun hadapan.

  • Seramai 935 graduan Institut Latihan KKM akan ditawar jawatan tetap.

  • Penaiktarafan wad-wad hospital daerah seluruh negara (RM100 juta).

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.