ad

11 kapal konvoi kemanusiaan menuju Gaza, cabar sekatan Israel

5 Okt 2025, 11:44 AM
11 kapal konvoi kemanusiaan menuju Gaza, cabar sekatan Israel
11 kapal konvoi kemanusiaan menuju Gaza, cabar sekatan Israel
11 kapal konvoi kemanusiaan menuju Gaza, cabar sekatan Israel
11 kapal konvoi kemanusiaan menuju Gaza, cabar sekatan Israel

ANKARA, 5 OKT: Jawatankuasa Antarabangsa untuk Menamatkan Kepungan Gaza mengumumkan bahawa konvoi 11 kapalnya kini berada di luar pesisir Iskandariah dalam perairan antarabangsa, kira-kira 560 kilometer (348 batu) dari Gaza, lapor Anadolu Ajansi (AA).

Dalam satu kenyataan, jawatankuasa itu mengesahkan semula misinya dengan menyatakan: "Matlamat kami ialah Gaza – untuk menamatkan sekatan, menghentikan pembunuhan beramai-ramai yang sedang berlaku dan mewujudkan koridor maritim yang selamat.”

Semalam jawatankuasa itu memaklumkan bahawa dua lagi bot telah menyertai gelombang terbaharu misi Freedom Flotilla Coalition (FFC) bagi mencabar sekatan Israel ke atas Gaza, menjadikan jumlah keseluruhan kapal yang sedang dalam pelayaran kepada 11, selepas Israel menyerang misi Global Sumud Flotilla (GSF) di perairan antarabangsa.

FFC, sebuah rangkaian kumpulan masyarakat sivil antarabangsa telah menganjurkan beberapa percubaan sejak 2010 untuk memecahkan sekatan ke atas Gaza dan mengetengahkan krisis kemanusiaan di wilayah itu.

Tentera laut Israel menyerang dan merampas kapal misi GSF pada Khamis serta menahan lebih 470 aktivis dari lebih 50 negara. Flotila itu sebelum ini cuba menghantar bantuan kemanusiaan ke Gaza dan mencabar sekatan Israel ke atas wilayah itu.

Israel mengekalkan sekatan ke atas Gaza yang dihuni hampir 2.4 juta penduduk, sejak hampir 18 tahun lalu.

Sejak Oktober 2023, serangan Israel membunuh lebih 67,000 rakyat Palestin di wilayah itu, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak serta menjadikannya tidak boleh didiami, dengan sekatan itu turut menyebabkan Gaza terjerumus ke dalam kebuluran.

- BERNAMA-ANADOLU