ad

Tunai janji sukarelawan dibebaskan dalam tempoh 48 jam dengan selamat

4 Okt 2025, 11:52 AM
Tunai janji sukarelawan dibebaskan dalam tempoh 48 jam dengan selamat
Tunai janji sukarelawan dibebaskan dalam tempoh 48 jam dengan selamat
Tunai janji sukarelawan dibebaskan dalam tempoh 48 jam dengan selamat
Tunai janji sukarelawan dibebaskan dalam tempoh 48 jam dengan selamat

SHAH ALAM, 4 OKT: EXCO Agama Islam berharap sukarelawan Global Sumud Flotilla (GSF) dilepaskan seperti dijanji dalam tempoh kurang 48 jam.

Dr Mohammad Fahmi Ngah turut berharap semua sukarelawan berkenaan berada dalam keadaan selamat dan barangan dibawa sampai ke Gaza.

"Saya mengecam sekeras-kerasnya tindakan Israel menghalang sukarelawan yang terlibat dalam GSF. Kita berharap mereka dapat dilepaskan dan barangan (dibawa ke Gaza) diberi sebaiknya.

"Kita juga bersama dengan pimpinan di bawah Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam usaha memastikan penyelesaian bukan sahaja kepada isu halangan sukarelawan.

"Sebaliknya cadangan beliau (perdana menteri) dilaksana beberapa penyelesaian lebih tuntas untuk Palestin dan antara cadangannya adalah henti hubungan diplomatik dan dagang dengan Israel," katanya.

EXCO Agama Islam & Pembudayaan Inovasi Dr Mohammad Fahmi Ngah bercakap kepada media ketika ditemubual di bangunan pentadbiran Kerajaan Negeri pada 19 Ogos 2025. Foto REMY ARIFIN/MEDIA SELANGOR

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Halal Open Day anjuran Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) di Pusat Konvensyen Shah Alam di sini hari ini.

GSF disertai lebih 500 aktivis dari 45 negara belayar menuju ke Gaza sebagai simbol solidariti dan usaha memecahkan sekatan Israel, sambil menghantar bantuan kemanusiaan kepada penduduk Gaza.

Ketua Pengarah Pusat Gerakan Operasi Sumud Nusantara (SNCC) berkata 23 sukarelawan GSF dijangka diterbangkan dari Ashdod dalam tempoh 48 jam.

Datuk Dr Sani Araby Abdul Alim Araby berkata kumpulan sukarelawan terbabit, dijadualkan pulang sama ada menerusi Ankara atau Istanbul, hasil usaha bersama Turkiye dan Malaysia.