ad

SNCC nafi tuduhan Israel kapal GSF tidak bawa bantuan kemanusiaan

4 Okt 2025, 1:35 AM
SNCC nafi tuduhan Israel kapal GSF tidak bawa bantuan kemanusiaan

SEPANG, 4 OKT: Pusat Kawalan Sumud Nusantara (SNCC) menafikan dakwaan polis Israel bahawa kapal misi Global Sumud Flotilla (GSF) tidak membawa bantuan kemanusiaan.

Ketua Pengarah SNCC, Datuk Dr Sany Araby, berkata bukti bantuan telah dikongsi secara terbuka di media sosial oleh GSF dan Sumud Nusantara.

"Sejak awal kita sudah berkongsi bukti di media sosial GSF dan Sumud Nusantara, termasuk bantuan terakhir daripada Agensi Bulan Sabit Merah Turkiye (Kizilay) yang dihantar melalui kapal laut.

"Jumlah akhir masih dalam pengesahan disebabkan ada pertukaran kapal. Namun, dari Barcelona, Itali, Tunisia, Greece dan Malta, kita telah kongsikan bukti bantuan dibeli dan diangkut. Ini menjadi fakta kepada semua pendokong di seluruh dunia," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media di Ibu Pejabat Global Sumud, di sini semalam.

Tambahnya, pihaknya telah menjangkakan naratif sedemikian akan dimainkan kerana misi ini bertujuan membangkitkan gelombang solidariti global.

"Itu petunjuk jelas bahawa rejim Israel berada dalam tekanan. Jadi, teruskan sokongan kerana kita mahu sekatan ini kekal," katanya.