PERPUSTAKAAN Raja Tun Uda merupakan sebuah perpustakaan berkonsepkan “Perpustakaan Dalam Taman” dengan reka bentuk kontemporari serta dilengkapi pelbagai kemudahan pembelajaran.
Dibuka kepada orang awam pada 18 April 1987, perpustakaan yang terletak di Seksyen 13, Shah Alam, bersebelahan Kelab Golf Sultan Abdul Aziz Shah ini memberi perkhidmatan kepada segenap lapisan masyarakat termasuk pelajar, penyelidik, pendidik, pencinta buku dan insan seni.
Gedung ilmu setinggi enam tingkat itu turut menawarkan perkhidmatan digital, ruang interaktif dan program literasi sekali gus mengukuhkan peranannya sebagai ikon moden yang menyokong pembelajaran sepanjang hayat serta budaya membaca.
Jurufoto Remy Arifin merakam suasana ruang pembelajaran, kemudahan dan aktiviti di Perpustakaan Raja Tun Uda pada 27 September 2025.
Perkhidmatan buggy disediakan bagi membawa pengunjung dari kawasan parkir kenderaan ke pintu masuk Perpustakaan Raja Tun Uda
Pengunjung mencari bahan rujukan sambil memanfaatkan kemudahan yang disediakan di perpustakaan
Suasana hening mewarnai sesi perbincangan bagi memastikan keselesaan pengunjung lain terpelihara
Kanak-kanak memanfaatkan kemudahan komputer di Perpustakaan Raja Tun Uda untuk mengakses bahan pembelajaran dan permainan interaktif
Rimbunan pokok di aras bawah Perpustakaan Raja Tun Uda menjadi sudut tenang bagi sekumpulan kanak-kanak menikmati bacaan
Pengunjung memanfaatkan perkhidmatan BA.CA, basikal bergerak yang menawarkan pelbagai bahan bacaan ringan untuk dinikmati
Perpustakaan yang mesra pengunjung ini memberi pengalaman seperti berada di rumah, bebas memilih ruang mengikut keselesaan
Sebuah keluarga kelihatan sedang mengadakan perbincangan dalam nada perlahan bagi mengelakkan sebarang gangguan kepada pengunjung lain yang sedang membaca dan menelaah
Dari bahan rujukan hingga kemudahan moden, semuanya dimanfaatkan pengunjung bagi memenuhi keperluan ilmu
S Yogasri, 9, (kiri) menelaah bahan rujukan dari rak buku sambil berbincang bersama rakannya di perpustakaan
Tayangan cerita animasi berunsur kisah teladan di layar besar Perpustakaan Raja Tun Uda berjaya menarik perhatian sekumpulan pengunjung cilik
Mohd Umar, 15, memainkan piano yang disediakan di Perpustakaan Raja Tun Uda sambil ditemani rakannya sebelum pulang
Kanak-kanak memanfaatkan kemudahan komputer di Perpustakaan Raja Tun Uda bagi mengakses bahan pembelajaran dan permainan interaktif
Di ruang bawah Perpustakaan Raja Tun Uda, pengunjung boleh menggunakan bilik khas untuk perbincangan dengan tempat duduk yang selesa
Tanda arah berbentuk pensil di luar Perpustakaan Raja Tun Uda menjadi lokasi wajib bergambar bagi para pengunjung