ad
AGENDA

Sultan berkenan rasmi Yayasan Perpustakaan Raja Tun Uda, lawat kemudahan OKU

23 Nov 2023, 5:47 AM
Sultan berkenan rasmi Yayasan Perpustakaan Raja Tun Uda, lawat kemudahan OKU
Sultan berkenan rasmi Yayasan Perpustakaan Raja Tun Uda, lawat kemudahan OKU
Sultan berkenan rasmi Yayasan Perpustakaan Raja Tun Uda, lawat kemudahan OKU
Sultan berkenan rasmi Yayasan Perpustakaan Raja Tun Uda, lawat kemudahan OKU

SHAH ALAM, 23 NOV: Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor berkenan merasmikan Yayasan Perpustakaan Raja Tun Uda (YPRTU), iaitu sebuah pusat pengumpulan dana bagi memperkaya koleksi perpustakaan.

Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj tiba di Perpustakaan Raja Tun Uda, Seksyen 13 di sini hari ini, dengan diiringi Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah.

Turut serta Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari, Pengerusi YPRTU Raja Tan Sri Dato’ Seri Arshad Raja Tun Uda dan Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) Datin Paduka Mastura Muhamad.

Dalam majlis sama, Baginda berkenan menyaksikan persembahan multimedia korporat dan multimedia Kilimanjaro selain menyampaikan sijil penghargaan kepada pasukan Kilimanjaro.

Penerima terdiri daripada Tengku Amir Shah, Dato’ Setia Aubry Rahim Menneson, Dato’ Syed Haizam Hishamuddin Putra Jamalullail, Tengku Ezrique Ezzudean Tengku Ardy Esfandiari Alhal dan Keong Yeen Yeoh.

Sultan Selangor juga berkenan menyampaikan sijil penghargaan kepada 12 penderma yayasan terbabit antaranya Yayasan Azman Hashim, AlBukhary Foundation dan YTL Power International.

Baginda kemudian melawat beberapa kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan untuk orang kurang upaya (OKU) penglihatan di zon kreatif perpustakaan terbabit.

YPRTU berfungsi mengumpul dana daripada syarikat dan individu bagi memperbanyak koleksi di Perpustakaan Raja Tun Uda demi memenuhi keperluan pelbagai lapisan masyarakat, selaras visi Baginda.

Setiap penderma layak mendapat pengecualian cukai Lembaga Hasil Dalam Negara (LHDN) mengikut Subseksyen 44(6), Akta Cukai Pendapatan 19 (ACP 1967).

Setakat 20 November, YPRTU mengumpul sebanyak RM3.3 juta hasil sumbangan 13 syarikat korporat.

[caption id="attachment_614961" align="aligncenter" width="700"] Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj di iringi Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah dan Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari ketika Pelancaran Yayasan Perpustakaan Raja Tun Uda di Perpustakaan Raja Uda pada 23 November 2023. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/SELANGORKINI[/caption]

[caption id="attachment_614962" align="aligncenter" width="700"] Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj bersama semua penderma Yayasan Perpustakaan Raja Tun Uda ketika Pelancaran Yayasan Perpustakaan Raja Tun Uda di Perpustakaan Raja Uda pada 23 November 2023. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/SELANGORKIN[/caption]

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.