ad

MBPJ bentang draf pembangunan RM1.7 bilion libat Seksyen 19, 51, 51A

1 Okt 2025, 8:00 AM

PETALING JAYA, 1 OKT: Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) memperkenalkan Draf Rancangan Kawasan Khas (RKK) Seksyen 19, 51 dan 51A dengan nilai pembangunan kasar (GDV) melebihi RM1.7 bilion.

Datuk Bandar Petaling Jaya Mohamad Zahri Samingon berkata draf itu penting bagi memperkukuh kedudukan kawasan terbabit sebagai pusat pertumbuhan ekonomi berdaya saing.

“MBPJ komited memastikan pembangunan dirancang bukan sahaja memberi manfaat kepada pelabur dan sektor industri, malah turut meningkatkan kualiti hidup penduduk serta menjaga kelestarian alam sekitar.

“Saya menyeru komuniti, pemilik tanah dan agensi berkepentingan bersama-sama memberi pandangan sepanjang tempoh publisiti ini agar keputusan dibuat lebih telus dan inklusif,” katanya dalam kenyataan.

Kawasan kajian meliputi 406 hektar dengan jumlah penduduk 24,105 orang, merangkumi Seksyen 19, 51 dan 51A.

Fokus utama draf itu termasuk pengezonan semula guna tanah, cadangan perumahan di Zon Pembangunan Berorientasi Transit (TOD) dan penambahbaikan mobiliti.

Pameran draf berkenaan berlangsung sehingga 27 Oktober ini di Lobi Ibu Pejabat MBPJ, manakala taklimat berkaitan akan diadakan pada 16 Oktober di Bilik Gerakan MBPJ jam 2.30 petang.

Orang ramai turut digalak mengemukakan maklum balas secara rasmi kepada pihak berkuasa tempatan itu.