Mayat ditemui dalam parit, dipercayai warga emas yang hilang sejak 8 September

30 Sep 2025, 3:06 PM
Mayat ditemui dalam parit, dipercayai warga emas yang hilang sejak 8 September

IPOH, 30 SEPT: Mayat seorang wanita dipercayai warga emas yang hilang sejak 8 September lepas ditemukan bersama sebuah motosikal di dalam parit di tepi jalan Kampung Tanjung Lengkong, Rantau Panjang, Selama pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Selama Supt Sarudin Samah berkata pihaknya menerima aduan daripada seorang operator jengkaut yang sedang bekerja di kawasan itu pada 11.45 pagi.

“Ketika pengadu menjalankan kerja pembersihan bahu jalan di kawasan berkenaan telah ternampak sebuah motosikal di dalam parit, setelah memeriksa mendapati ada mayat dalam keadaan reput berhampiran motosikal berkenaan.

“Semakan rekod pendaftaran oleh pihak polis mendapati motosikal sama digunakan oleh seorang wanita warga emas yang dilaporkan hilang pada 8 September lepas, namun pihak polis masih menunggu keputusan pihak forensik bagi mengesahkan identiti mayat tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata mayat tersebut dibawa ke Unit Forensik Hospital Selama esok untuk bedah siasat dan kes kini disiasat sebagai mati mengejut.

-- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.