ad

Amaran ribut petir empat daerah di Selangor hingga 7 malam

29 Sep 2025, 9:18 AM
Amaran ribut petir empat daerah di Selangor hingga 7 malam

SHAH ALAM, 29 SEPT: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan ribut petir dan hujan lebat melanda daerah Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor serta Gombak hingga 7 malam.

Amaran sama dikeluarkan melibatkan beberapa daerah di Perak, Terengganu, Pahang, Johor, Sarawak dan Sabah.

MetMalaysia menjelaskan amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.

met.jpg