Wanita buat laporan ragut palsu untuk sorok penggunaan wang majikan

25 Jun 2026, 1:48 AM
Wanita buat laporan ragut palsu untuk sorok penggunaan wang majikan

SHAH ALAM, 25 JUN: Seorang wanita membuat laporan polis palsu mengenai kejadian ragut bagi menyembunyikan penggunaan wang milik majikannya dan mengelak dikenakan tindakan.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Johari Yahya berkata, siasatan mendapati kejadian ragut yang didakwa berlaku di Putra Point di Nilai sebenarnya tidak pernah berlaku.

Beliau berkata, kira-kira jam 5 petang semalam, polis membuka satu kertas siasatan mengikut Seksyen 182 Kanun Keseksaan terhadap wanita berusia lingkungan 40-an itu.

"Suspek yang berusia lingkungan 40-an mengaku membuat laporan polis palsu berkaitan kejadian ragut yang didakwa berlaku terhadapnya di Putra Point, di sini," katanya dalam kenyataan hari ini, lapor Harian Metro.

Menurut Johari, wanita terbabit mengaku laporan berkenaan dibuat bagi menyembunyikan penggunaan wang milik majikannya selain mengelak dikenakan tindakan.

Mengulas lanjut, Johari berkata, polis daerah itu telah mengesan dan membuka 10 kertas siasatan membabitkan laporan polis palsu dari 1 Januari hingga 24 Jun 2026.

Seksyen 182 Kanun Keseksaan memperuntukkan hukuman penjara sehingga enam bulan atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya jika disabitkan kesalahan.

Kategorijenayah

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.