ad

Sempena Istiadat Pernikahan Diraja, semua pihak diminta patuhi arahan, jaga keceriaan

26 Sep 2025, 9:17 AM

SHAH ALAM, 26 SEPT: Semua pemilik premis kerajaan, perniagaan, pusat pengajian, rumah ibadat dan penduduk di Bandaraya Klang diminta memberi kerjasama sepanjang Istiadat Pernikahan dan Persandingan Diraja Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah berlangsung.

Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK) memaklumkan raptai bagi Istiadat Pernikahan dan Persandingan Diraja akan berlangsung pada 27 dan 29 September ini mulai jam 8 pagi.

Majlis Istiadat Pernikahan Tengku Amir Shah bersama pasangan Cik Afzaa Fadini Dato’ Abdul Aziz akan diadakan pada 2 Oktober, manakala persandingan pada 22 Oktober ini.

"Sehubungan itu, penutupan jalan dan kawalan lalu lintas akan dilaksana di beberapa kawasan terlibat sekitar bandar raya Klang.

"Semua pemilik kerajaan, perniagaan, hotel, gerai, sekolah, pusat pengajian, rumah ibadat dan penduduk berhampiran dimohon memberi kerjasama dengan menjaga kebersihan dan keceriaan kawasan masing-masing," maklumnya di Facebook.

MBDK juga meminta orang ramai mematuh arahan pihak berkuasa sepanjang tempoh penutupan jalan bagi memastikan kelancaran persiapan Istiadat Diraja ini berlangsung.

mbdk.jpg

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.