SHAH ALAM, 22 SEPT: Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah lbni Sultan Saharafuddin Idris Shah Alhaj bakal melangsungkan pernikahan dengan pasangannya Cik Afzaa Fadini Dato’ Abdul Aziz pada 2 Oktober ini.
Setiausaha Sulit kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, Dato’ Mohamad Munir Bani menerusi kenyataan memaklumkan, lstiadat Pernikahan Diraja akan diadakan di Masjid lstana Diraja, lstana Alam Shah di Klang.
“Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj berkenan memaklumkan kepada sekalian rakyat negeri Selangor bahawa anakanda Baginda, Tengku Amir Shah lbni Sultan Saharafuddin Idris Shah Alhaj, akan melangsungkan pernikahan dengan pasangannya Cik Afzaa Fadini.
“Manakala lstiadat Persandingan Diraja dan Majlis Santapan Diraja bagi memuliakan lstiadat Perkahwinan Diraja akan diadakan di Balairung Seri dan Balai Santapan Diraja, lstana Alam Shah pada 22 Oktober ini,” katanya.
Sehubungan itu, Mohamad Munir berkata, majlis bacaan Yasin dan doa selamat akan diadakan pada 25 September di seluruh masjid di Selangor oleh Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) bagi memohon kelancaran dan keberkatan majlis.
“Pada tarikh berkenaan juga Sultan Sharafuddin dan Raja Muda Selangor turut berkenan berangkat ke Majlis Doa Selamat di Masjid Negeri di Shah Alam,” katanya.
