ad

Yayasan Selangor buka 460 tempat ikuti program khas tingkatan 1

21 Sep 2025, 7:00 AM
Yayasan Selangor buka 460 tempat ikuti program khas tingkatan 1

SHAH ALAM, 21 SEPT: Malaysia-Yayasan Selangor (RKPYS) membuka peluang kepada 460 murid tahun enam di negeri untuk mengikuti program Rancangan Khas Pendidikan Kementerian Pendidikan bagi sesi persekolahan 2026.

Bahagian Komunikasi Korporat Yayasan Selangor memaklumkan program terbuka kepada murid yang memenuhi syarat kelayakan termasuk memperoleh sekurang-kurangnya TP3 bagi semua subjek Pentaksiran Bilik Darjah.

"Keutamaan diberi kepada murid luar bandar, bersekolah di sekolah rendah kerajaan atau swasta berdaftar.

"Pemohon serta ibu bapa lahir di Selangor atau bermastautin melebihi 10 tahun, warganegara Malaysia dan pendapatan keluarga kurang RM2,000 sebulan.

"Permohonan boleh dibuat secara dalam talian mulai 22 September hingga 8 Oktober ini melalui laman rasmi www.yayasanselangor.org.my," katanya.

Pemohon perlu mencetak borang permohonan yang diisi dan menghantarnya bersama dokumen sokongan ke Bahagian Pengurusan Operasi Pendidikan Yayasan Selangor selewat-lewatnya 10 Oktober.

Murid yang terpilih berpeluang menikmati kemudahan lengkap seperti asrama, biasiswa pendidikan, kelas bimbingan, program kecemerlangan akademik, pembangunan kendiri dan pemantauan berterusan guru berpengalaman.

Untuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan boleh layari laman sesawang rasmi Yayasan Selangor atau hubungi talian 03-7669 1218/1250/1217/1211/1150/1141/1158.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.