ad

Karnival Keluarga Sejahtera meriah, perkukuh institusi keluarga

20 Sep 2025, 12:00 PM
Karnival Keluarga Sejahtera meriah, perkukuh institusi keluarga
Karnival Keluarga Sejahtera meriah, perkukuh institusi keluarga
Karnival Keluarga Sejahtera meriah, perkukuh institusi keluarga

SHAH ALAM, 20 SEPT: Karnival Keluarga Sejahtera 2025 di pekarangan Klinik Ajwa, Seksyen 7, di sini, hari ini berlangsung penuh meriah dengan kehadiran ribuan pengunjung.

EXCO Belia dan Sukan Mohd Najwan Halimi berkata Kerajaan Negeri menyokong penuh penganjuran program dalam usaha memperkukuh institusi keluarga melalui pendekatan holistik.

"Dalam konteks masyarakat hari ini, kita berdepan dengan cabaran besar seperti gejala sosial, masalah kesihatan mental, budaya buli dan gaya hidup tidak sihat semakin membimbangkan.

"Justeru, tanggungjawab membina keluarga sejahtera harus dipikul bersama dan program ini menandakan bahawa keluarga adalah teras utama dalam melahirkan generasi ummah yang kuat, berilmu, berakhlak mulia dan sihat jasmani, rohani," katanya menerusi kenyataan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dato' Dr Mohd Na'im Mokhtar ditemui wartawan ketika Karnival Keluarga Sejahtera 2025 di pekarangan Klinik Ajwa, Seksyen 7 pada 20 September 2025. Foto Foto Klinik Ajwa

Terdahulu, Mohd Najwan turut merasmikan karnival tersebut yang turut dihadiri Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dato' Setia Dr Mohd Na'im Mokhtar.

Pelbagai aktiviti menarik diadakan sepanjang karnival yang bermula dengan Jom Subuh Macam Jumaat, larian santai tiga kilometer bermula di Masjid Seksyen 7 sehingga Klinik Ajwa.

Selain itu, pemeriksaan kesihatan percuma, kursus pertolongan cemas, pameran kesihatan, program kanak-kanak dan senaman.

EXCO Belia dan Sukan Mohd Najwan Halimi bergambar bersama peserta Karnival Keluarga Sejahtera 2025 di pekarangan Klinik Ajwa, Seksyen 7 pada 20 September 2025. Foto Klinik Ajwa

Mohd Najwan berkata semua pengisian program dirangka tidak hanya tertumpu kepada aspek spiritual semata-mata sebaliknya juga seimbang dengan aspek kerohanian, keilmuan dan kesihatan.

"Penganjuran program ini diharap mampu melahirkan masyarakat yang harmoni di samping menjadi model kepada komuniti lain untuk turut sama mengangkat peranan keluarga sebagai madrasah utama membentuk generasi masa depan," katanya.

Program anjuran Klinik Ajwa Seksyen 7 turut mendapat kerjasama ahli parlimen Shah Alam, Ahli Dewan Negeri (ADN) Kota Anggerik, ADN Batu Tiga, Majlis Bandaraya Shah Alam, Pertubuhan Ikram dan badan bukan kerajaan MyHEAL.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.