ad
PBT

Program bersih pantai bersama Tengku Zatashah kutip lebih 75 kg sampah

25 Sep 2023, 4:35 AM
Program bersih pantai bersama Tengku Zatashah kutip lebih 75 kg sampah
Program bersih pantai bersama Tengku Zatashah kutip lebih 75 kg sampah
Program bersih pantai bersama Tengku Zatashah kutip lebih 75 kg sampah

SHAH ALAM, 25 SEPT: Sebanyak 75kg sampah berjaya dikutip dalam program Pembersihan Pantai Bersama Yang Amat Mulia Tengku Datin Paduka Setia Zatashah pada 23 September lalu.

Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL) berkata antara sisa yang berjaya dikutip termasuklah barangan plastik seperti pembungkus makanan, botol, straw selain fabrik, lampin bayi, gabus dan putung rokok.

“Kami menyeru pengunjung pantai menghargai persekitaran kebersihan dengan tidak membuang sampah merata-rata di pesisir pantai.

"Semua pihak memainkan peranan penting menjaga kebersihan,” menurut pihak berkuasa tempatan itu di Facebook.

[caption id="attachment_604512" align="aligncenter" width="724"] Yang Amat Mulia Tengku Datin Paduka Setia Zatashah bersama peserta mengutip sampah pada program Pembersihan Pantai Morib, Kuala Langat pada 23 September 2023. Foto Facebook Majlis Perbandaran Kuala Langat[/caption]

Kehadiran anakanda Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor diiringi Isteri Orang Besar Daerah Kuala Langat Raja To’ Puan Hajah Hamidah Raja Yahya, dan isteri Yang Dipertua MPKL Datin Zakiah Syerina Balqis Taha.

Program kali keenam sejak dianjurkan pada 2017 merupakan cetusan Tengku Zatashah sebagai inisiatif pemeliharaan alam sekitar.

Selain MPKL, program pembersihan pantai kelmarin turut disertai The Body Shop Malaysia, Selangor Youth, Yayasan Raja Muda Selangor, anggota keselamatan serta pelajar universiti awam.

[caption id="attachment_604514" align="aligncenter" width="725"] Sebahagian daripada peserta giat mengutip sisa pada program Pembersihan Pantai Bersama Yang Amat Mulia Tengku Datin Paduka Setia Zatashah di Pantai Morib, Kuala Lantat pada 23 September 2023. Foto Facebook Majlis Perbandaran Kuala Langat[/caption]

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.