ad

Laluan Smart Lane PLUS dari Kulai ke Senai ditutup mulai Isnin

18 Sep 2025, 8:41 AM
Laluan Smart Lane PLUS dari Kulai ke Senai ditutup mulai Isnin

KUALA LUMPUR, 18 SEPT: PLUS Malaysia Berhad (PLUS) akan menutup laluan Smart Lane dari Kulai ke Senai di KM26.5 hingga KM19.3 (Arah Selatan) di Lebuhraya Utara-Selatan bermula 22 Sept 2025.

Menurut kenyataan PLUS, penutupan itu sebahagian daripada Projek Pembinaan Lorong Tambahan Lebuhraya Utara-Selatan laluan Senai Utara ke Kulai (Fasa 1 Pakej B) di Johor.

Sepanjang tempoh kerja-kerja berkenaan dijalankan, dua lorong sedia ada di laluan terlibat dibuka seperti biasa bagi mengekalkan aliran trafik sedia ada dan meminimumkan gangguan trafik kepada pengguna lebuh raya.

“Pengguna lebuh raya disarankan merancang perjalanan menggunakan aplikasi PLUS bagi mendapatkan maklumat trafik terkini serta mematuhi semua papan tanda dan arahan dikeluarkan petugas PLUS ketika melalui kawasan kerja-kerja pembinaan berkenaan,” menurut kenyataan itu.

Untuk maklumat trafik semasa dan bantuan, pengguna boleh merujuk kepada Pembantu Maya PUTRI, aplikasi X@plustrafik atau paparan mesej elektronik (VMS) di lokasi-lokasi terpilih, atau menghubungi talian PLUSLine 1800-88-0000 sekiranya berlaku kecemasan.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.