ad

18 rumah, masjid sekitar Pantai Remis rosak akibat ribut

17 Sep 2025, 1:50 PM
18 rumah, masjid sekitar Pantai Remis rosak akibat ribut
18 rumah, masjid sekitar Pantai Remis rosak akibat ribut

IPOH, 17 SEPT: Sebanyak 18 rumah dan sebuah masjid terjejas akibat ribut serta angin kencang yang melanda sekitar kawasan Pantai Remis, Manjung hari ini.

Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Manjung dalam kenyataan malam ini, memaklumkan menerima maklumat berkaitan kejadian itu pada 8.56 pagi melalui aplikasi WhatsApp daripada kumpulan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD).

“Kejadian berlaku sekitar 12.30 tengah malam susulan hujan lebat dan angin kencang berterusan. Anggota APM digerakkan ke lokasi kejadian pada 12.20 tengah hari sebelum tiba di Masjid Al-Aliah pada 1.15 tengah hari.

“Pemeriksaan mendapati beberapa bumbung masjid serta rumah penduduk termasuk di Taman Nelayan 2, Jalan Pengkalan Baru dan Kampung Cina rosak serta mengalami kebocoran,” menurut kenyataan itu.

PKOD APM turut memaklumkan kebanyakan rumah kini dalam proses baik pulih bagi mengelak daripada kerosakan bertambah buruk memandangkan keadaan cuaca yang masih mendung.

“Kerja penyelenggaraan dan pembaikan segera perlu dilakukan berdasarkan faktor cuaca dan APM Manjung juga akan terus mengemas kini laporan dari semasa ke semasa,” menurut kenyataan itu.

-- BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.