ad
BERITA UTAMA

Lebih 2,000 penduduk meriahkan Karnival Jelajah Belia Madani di Pantai Remis

4 Jan 2025, 6:00 AM
Lebih 2,000 penduduk meriahkan Karnival Jelajah Belia Madani di Pantai Remis
Lebih 2,000 penduduk meriahkan Karnival Jelajah Belia Madani di Pantai Remis
Lebih 2,000 penduduk meriahkan Karnival Jelajah Belia Madani di Pantai Remis
Lebih 2,000 penduduk meriahkan Karnival Jelajah Belia Madani di Pantai Remis

KUALA SELANGOR, 4 JAN: Lebih 2,000 penduduk sekitar memeriahkan Karnival Jelajah Belia Madani di Pantai Remis di sini, yang diserikan dengan pelbagai acara menarik.

EXCO Belia dan Sukan Najwan Halimi berkata program siri ketiga itu menampilkan pengisian acara kepada semua lapisan masyarakat, termasuk pelaksanaan kerja komuniti.

“Kali ini kita turut adakan program pembersihan Pantai Remis yang disertai kira-kira 300 sukarelawan terdiri daripada masyarakat setempat.

[caption id="attachment_680673" align="aligncenter" width="994"] EXCO Belia dan Sukan Najwan Halimi bercakap kepda media selepas program Jelajah Belia Madani Selangor Peringkat Kuala Selangor di Pantai Remis, Kuala Selangor pada 4 Januari 2025. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR[/caption]

“Program ini juga menyediakan acara yang bersifat santai sesuai dengan demografi kawasan tersebut selain peserta juga boleh menikmati keindahan pantai,” katanya di sini hari ini.

Terdahulu, beliau menyempurnakan perasmian Karnival Jelajah Belia Madani peringkat Kuala Selangor yang turut dihadiri Pengarah Eksekutif Majlis Sukan Negeri (MSN) Selangor Mohamad Nizam Marjugi.

Dalam pada itu, Najwan menambah Karnival Jelajah Belia Madani akan diteruskan ke enam lagi daerah tahun ini dengan pengisian yang lebih menarik dan komprehensif.

Menurutnya, antara program yang sedang direncana adalah pembangunan permainan e-sukan melibatkan belia di peringkat sekolah menengah.

[caption id="attachment_680674" align="aligncenter" width="1171"] Peserta larian santai anak muda ketika program Jelajah Belia Madani Selangor Peringkat Kuala Selangor di Pantai Remis, Kuala Selangor pada 4 Januari 2025. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR[/caption]

“Tahun ini kita akan laksanakan sekali dengan pembangunan sukan e-sukan. Ia selaras dengan hasrat Dato’ Menteri Besar untuk kembangkan permainan e-sukan,” katanya.

Dato’ Seri Amirudin Shari melalui Belanjawan Selangor 2025 mengumumkan Kerajaan Negeri akan mengubah suai Hotel Carlton di Shah Alam untuk dijadikan gedung e-sukan dengan peruntukan RM1 juta.

Inisiatif berkenaan bagi memberi peluang kepada negeri menjadi tuan rumah kepada pertandingan e-sukan di peringkat ASEAN dan antarabangsa.

[caption id="attachment_680675" align="aligncenter" width="1314"] Pertandingan santai pancing Pantai Remis ketika program Jelajah Belia Madani Selangor Peringkat Kuala Selangor di Pantai Remis, Kuala Selangor pada 4 Januari 2025. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR[/caption]

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.