ad

Suami maut, isteri cedera kereta terbabas

10 Sep 2025, 3:25 AM
Suami maut, isteri cedera kereta terbabas

IPOH, 10 SEPT: Seorang lelaki maut manakala isterinya cedera selepas kereta mereka terbabas dan terbalik di hadapan sebuah kedai perabot di Jalan Sultan Idris Shah di sini, pagi tadi.

Pemangku Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Shazlean Mohd Hanafiah, berkata pihaknya menerima panggilan mengenai kemalangan itu pada 8.06 pagi sebelum sembilan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ipoh dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Kemalangan melibatkan sebuah Toyota Corolla Altis dengan seorang lelaki berusia 55 tahun tersepit di bahagian pemandu dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Isteri mangsa berusia 48 tahun mengalami kecederaan ringan, menerima rawatan awal dan seterusnya dihantar ke hospital,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata kerja-kerja mengeluarkan mangsa yang tersepit dilakukan menggunakan peralatan hidraulik sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. Operasi tamat sepenuhnya pada 8.53 pagi.

-- BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.