ad

Israel serang Doha, rakyat Malaysia selamat

10 Sep 2025, 1:16 AM
Israel serang Doha, rakyat Malaysia selamat

SHAH ALAM, 10 SEPT: Kedutaan Malaysia mengesahkan tiada rakyat Malaysia terkesan dalam serangan Israel terhadap pejabat pemimpin Hamas di Doha.

Bagaimanapun pejabat kedutaan menasihatkan semua rakyat Malaysia di Qatar untuk terus berjaga-jaga dan menjauhi kawasan kejadian.

"Kementerian Luar Negeri Qatar mengesahkan kejadian letupan yang berlaku adalah serangan rejim Israel ke atas pejabat pemimpin Hamas di kawasan Legtaifiya, Doha.

"Rakyat Malaysia juga dinasihatkan untuk sentiasa mengikuti perkembangan semasa melalui sumber sahih yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa Qatar.

"Kerajaan Qatar juga memberi jaminan bahawa keadaan kini adalah terkawal sepenuhnya dan ruang udara Qatar tidak akan ditutup," kata Kedutaan Malaysia di Doha menerusi kenyataan.

Rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan boleh menghubungi kedutaan melalui e-mel [email protected] atau talian +974 4483 6463 (waktu pejabat) dan +974 3374 6733 (selepas waktu pejabat).

Media melaporkan, Israel melancarkan serangan terhadap kepimpinan Hamas di Qatar semalam, sekali gus memperluas tindakan ketenteraan rejim itu di seluruh Asia Barat hingga ke negara Teluk yang lama menjadi pangkalan politik kumpulan berkenaan.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.