KUALA LUMPUR, 25 JULAI: Rakyat Malaysia di Qatar dinasihatkan supaya mematuhi arahan keselamatan pihak berkuasa dan mengelakkan kawasan tentera susulan perkembangan terkini di rantau Teluk.
Kedutaan Besar Malaysia di Doha turut mengingatkan rakyat Malaysia agar sentiasa peka terhadap perkembangan sekeliling, tidak mudah terpengaruh dengan berita palsu atau menyebarkan khabar angin.
“Pihak kedutaan akan terus memantau keadaan dan mengemaskini maklumat dari semasa ke semasa,” menurut notis yang dimuat naik di laman Facebook rasmi kedutaan itu, pada Sabtu.
Selain itu, kedutaan juga menyarankan rakyat Malaysia sentiasa menyemak jadual penerbangan terkini sebeleum melakukan perjalanan dari Qatar.
Mereka juga disaran mengemas kini maklumat diri dan keluarga.
“Sekiranya anda memerlukan sebarang bantuan atau nasihat, silap hubungi kedutaan dengan menghubungi talian +974 3374 6733 atau e-mel mwdoha@kln.gov.my,” menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
-- LAGI







