ad

Bomba sedia hadapi cuaca tidak menentu menjelang Monsun Timur Laut

7 Sep 2025, 12:16 PM
Bomba sedia hadapi cuaca tidak menentu menjelang Monsun Timur Laut

SHAH ALAM, 8 SEPT: Anggota bomba di seluruh negara termasuk pegawai diarah bersiapsiaga berikutan keadaan cuaca yang tidak menentu ketika ini.

Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Datuk Seri Nor Hisham Mohammad berkata, arahan itu membolehkan pasukan fokus dan bersedia serta membuat persediaan rapi.

"Sebagaimana kita katakan sebelum ini, tahun ini kita tidak menyangka monsun barat daya akan menyebabkan kemarau yang sangat panjang secara keseluruhannya.

"Tetapi kita percaya bahawa ia akan berada di fasa yang mana akan kita mengalami hujan waktu petang ataupun awal pagi, itu trendnya.

“Hujan ini akan tertumpu di beberapa lokasi tertentu dan menyebabkan kemungkinan pokok tumbang disebabkan ribut,” katanya lapor Harian Metro.

Beliau ditemui ketika hadir ke program tayangan khaa filem Legasi-Bomba The Movie anjuran pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pelabuhan Klang di Central I-city kelmain.

Fenomena Monsun Timur Laut dijangka tidak lama lagi selepas Monsun Barat Daya yang bermula sejak 10 Mei lalu berakhir bulan ini.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.