ad

Mesin padi terbalik dalam sungai, remaja lelaki dikhuatiri lemas

6 Sep 2025, 11:45 AM
Mesin padi terbalik dalam sungai, remaja lelaki dikhuatiri lemas

ALOR SETAR, 6 SEPT: Seorang remaja lelaki dikhuatiri lemas selepas mesin padi yang dinaikinya bersama tiga lagi rakannya terjatuh ke dalam sungai di Kampung Sanglang, dekat Jitra, hari ini.

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah dalam kenyataan memaklumkan dua rakan mangsa berjaya menyelamatkan diri manakala seorang lagi diselamatkan oleh anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jitra.

“Bomba menerima panggilan berhubung kejadian kira-kira pukul 3.40 petang. Dimaklumkan, sebuah mesin padi terjatuh ke dalam sungai dan terdapat empat mangsa yang terlibat iaitu seorang daripadanya dipercayai lemas.

“Kerja-kerja pencarian mangsa di permukaan sungai sedang dijalankan dan sebarang maklumat akan disalurkan dari semasa ke semasa,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kubang Pasu Supt Radzi Abdul Rahim yang dihubungi Bernama mengesahkan kejadian dan memaklumkan seorang lagi mangsa masih belum dijumpai dan identiti kesemua yang terlibat juga belum diperolehi.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.