Budak lelaki lima tahun cedera di kepala diserang anjing

4 Sep 2025, 2:20 AM
Budak lelaki lima tahun cedera di kepala diserang anjing

KUALA LUMPUR, 4 SEPT: Seorang kanak-kanak lelaki cedera di kepala selepas diserang seekor anjing di Taman Megah, Cheras petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira 6.30 petang, kanak-kanak lelaki berusia lima tahun berkenaan dalam perjalanan ke padang permainan yang terletak berhampiran dengan rumahnya.

Saksi kejadian Mohd Firdaus Md Isa berkata sebelum kejadian, anjing itu kelihatan berada di bawah sebuah kereta yang diparkir di tepi jalan.

"Ketika kanak-kanak itu yang sedang menunggang basikal menghampiri kereta berkenaan, secara tiba-tiba anjing itu keluar dan menyerangnya," katanya kepada Bernama malam tadi.

Mohd Firdaus berkata kanak-kanak itu kemudiannya dibawa ke klinik berhampiran untuk mendapatkan rawatan sebelum dihantar ke Hospital Kajang untuk rawatan lanjut.

Terdahulu, tular video berdurasi 10 saat memaparkan seorang kanak-kanak mengalami kecederaan di kepala akibat diserang seekor anjing.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.