MBDK lesenkan 35 anjing peliharaan dalam program In-Situ di Klang

23 Mei 2026, 3:18 PM
MBDK lesenkan 35 anjing peliharaan dalam program In-Situ di Klang
MBDK lesenkan 35 anjing peliharaan dalam program In-Situ di Klang

SHAH ALAM, 23 MEI: Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK) berjaya melesenkan 35 ekor anjing peliharaan menerusi Program Melesenkan Anjing Peliharaan Secara In-Situ di Dewan Sentosa, Taman Sentosa, Klang hari ini.

MBDK dalam kenyataan di Facebook memaklumkan program bermula dari jam 9 pagi hingga 1 tengah hari itu merupakan inisiatif pihaknya untuk medekati komuniti di Klang yang memelihara anjing sebagai haiwan peliharaan.

"Pemilik-pemilik anjing peliharaan bertanggungjawab untuk melesenkan anjing selaras dengan kehendak dan keperluan Undang-Undang Kecil Pelesenan Anjing & Rumah Pembiakan Anjing (MPK) 2007," katanya.

Selain pelesenan, sebanyak 11 ekor anjing turut menerima vaksinasi menerusi kerjasama agensi swasta, Serv-U Veterinary Clinic.

"Program telah berjalan dengan lancar. Jumlah keseluruhan yang dapat dikumpulkan semasa program dijalankan adalah sebanyak RM 1,190," menurut kenyataan sama.

Pada program sama, pihak berkuasa tempatan itu turut membuka kaunter semakan kompaun membabitkan pelbagai kesalahan termasuk halangan dan lalu lintas, kompaun letak kereta, caj meter serta kompaun halangan sementara dengan penawaran diskaun terhadap kesalahan yang dilakukan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.