PM: China sokong Malaysia segerakan keanggotaan penuh BRICS

2 Sep 2025, 3:04 PM
PM: China sokong Malaysia segerakan keanggotaan penuh BRICS
PM: China sokong Malaysia segerakan keanggotaan penuh BRICS

BEIJING, 2 SEPT: Presiden China Xi Jinping menyatakan sokongan penuh untuk menyegerakan keanggotaan penuh Malaysia dalam perkumpulan BRICS.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata perkembangan itu dizahirkan Xi ketika pertemuan mereka di Great Hall of the People di sini hari ini.

“Presiden Xi menyatakan sokongan penuh beliau untuk menyegerakan penyertaan Malaysia sebagai anggota penuh BRICS.

“Ini satu penghormatan besar atas dukungan terhadap negara kita untuk terus memainkan peranan penting di pentas dunia,” kata Anwar kepada media Malaysia yang membuat liputan lawatan kerja empat hari beliau ke China.

BRICS yang ditubuhkan pada 2009 kini dianggotai 11 negara termasuk Brazil, Rusia, India, China, Afrika Selatan dan Mesir. Malaysia menjadi negara rakan blok itu pada awal 2025.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.