ad

Selangor rekod 1,004 taska berdaftar, pengusaha makin peka aspek keselamatan kanak-kanak

19 Ogos 2025, 11:48 AM

SHAH ALAM, 19 OGOS: Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Selangor merekodkan 1,004 taska berdaftar setakat Julai, yang memberi manfaat kepada 18,700 kanak-kanak bawah empat tahun.

Pengarahnya Azmir Kassim berkata jumlah pengasuh di taska juga meningkat kepada lebih 4,439, sekali gus menunjukkan pengusaha semakin prihatin dengan keselamatan serta kualiti penjagaan kanak-kanak.

“Peningkatan jumlah pendaftaran taska dan bilangan pengasuh merupakan perkembangan positif hasil komitmen tinggi daripada para pengusaha taska.

“Pengusaha taska juga semakin semakin peka dengan piawaian ditetapkan. Mereka sedar betapa pentingnya aspek kualiti penjagaan kanak-kanak,” katanya.

Beliau berucap ketika Majlis Penutup Program Advokasi Perkhidmatan Taska dan Sambutan Hari Taska Selangor di Dewan Jubli Perak Sultan Abdul Aziz, di sini hari ini.

Bagaimanapun, Azmir turut memaklumkan sebanyak 22 taska telah dikenakan tindakan penguatkuasaan selepas didapati gagal mematuhi peraturan berkaitan pengoperasian taska di bawah Peraturan-Peraturan Taman Asuhan Kanak-Kanak 2012.

Katanya, daripada jumlah itu, 18 kes melibatkan pembatalan pendaftaran taska, dua kes penutupan sementara, satu kes di bawah arahan bertulis dan satu kes lagi membabitkan Notis Tindakan Lak.

Dalam pada itu, Azmir berkata JKM Selangor akan terus memantau dan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana taska yang gagal mematuhi peraturan demi memastikan setiap kanak-kanak berada dalam persekitaran yang selamat dan kondusif.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.