SHAH ALAM, 18 OGOS: Kambing dan ayam eksotik antara hadiah cabutan bertuah yang menanti peserta program Ehsan Selangor Fruits Valley (SFV) Fun Run 2025 September depan.
Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) menerusi Facebook memaklumkan acara larian tahunan itu turut menawarkan hadiah menarik lain seperti basikal, jam tangan pintar, dan telefon pintar.
Bayaran RM55 untuk yuran penyertaan bagi acara larian sejauh 5km dan 3km dan peserta akan dapat t-shirt, pingat larian, sijil penyertaan elektronik, minuman air kelapa dan buah pisang.
Program pada 6 September itu dijadualkan bermula 7.15 pagi di SFV Bestari Jaya dan pendaftaran boleh dibuat menerusi pautan berikut https://bit.ly/EHSANSFV25.
Acara larian santai Ehsan SFV Fun Run 2025 turut dianjur dengan kerjasama Tourism Selangor dan rangakaian kelengkapan sukan terkemuka, Decathlon.
