SHAH ALAM, 6 OKT: Program Jualan Rahmah MADANI akan berlangsung di enam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Selangor esok dengan dua sesi jualan bermula seawal jam 9.30 pagi.
Bagi sesi pagi dari jam 9.30 pagi hingga 1 tengah hari, program diadakan di DUN Sekinchan bertempat di Masjid Jameul Huda Parit 7 Ban 2, DUN Bukit Antarabangsa di Surau Al-Maarif Al-Islamiyyah, Sungai Sering, DUN Selat Klang di Tapak Pasar Malam Kampung Raja Uda dan DUN Dengkil di Balairaya Kampung Selangor Dredging.
Sesi petang pula berlangsung dari jam 4 hingga 7 malam di DUN Batu Tiga bertempat di Gelanggang Sepak Takraw Lot 1712, Jalan Landasan, Bukit Kuda serta DUN Bukit Melawati di hadapan Kedai Runcit Anggerik Maju, Taman Anggerik.
Program itu dianjurkan menerusi kerjasama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Selangor bersama Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS).
Orang ramai disaran hadir mengikut lokasi dan waktu yang ditetapkan bagi mendapatkan barangan keperluan menerusi inisiatif Jualan Rahmah MADANI.








