ad

EXCO: Selangor sedia haramkan vape, perlu sedikit masa lagi

12 Ogos 2025, 3:00 AM
EXCO: Selangor sedia haramkan vape, perlu sedikit masa lagi
EXCO: Selangor sedia haramkan vape, perlu sedikit masa lagi
EXCO: Selangor sedia haramkan vape, perlu sedikit masa lagi

SELAYANG, 12 OGOS: Kerajaan Negeri kini di peringkat akhir untuk memuktamadkan penguatkuasaan penggunaan dan penjualan rokok elektronik atau vape, kata EXCO kesihatan awam.

Jamaliah Jamaluddin berkata usaha itu memerlukan sedikit masa lagi susulan cadangan Kementerian Kesihatan baru-baru ini, untuk mengharamkan penjualan vape secara menyeluruh.

“Mungkin perlukan sedikit masa lagi kerana terdapat kenyataan kementerian baru-baru ini, dimana terdapat inisiatif untuk mengharamkan vape pada masa akan datang.

EXCO Kesihatan Awam dan Alam Sekitar Jamaliah Jamaluddin bercakap kepada media ketika Mesyuarat Kedua Persidangan Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2025 di Wisma Dewan Annex, Shah Alam pada 8 Julai 2025. Foto REMY ARIFIN/MEDIA SELANGOR

“Tetapi Kerajaan Negeri belum terima apa-apa keputusan atau jangka masa. Sebagai contoh, jika kerajaan mahu haramkan dalam tempoh masa terdekat, kita akan tunggu hala tuju Kementerian Kesihatan.

“Tapi jika perlukan sedikit masa, Kerajaan Negeri sedang bersedia untuk keluarkan kertas (umum) bagi memperketat dan mengawal penjualan vape di Selangor,” katanya.

Terdahulu, beliau meluangkan masa meninjau seluruh fasiliti sambil beramah mesra dengan kakitangan Hospital Pakar Selgate Rawang di sini, semalam.

Minggu lalu, Kementerian Kesihatan dilapor sedang menunggu hasil kajian terperinci jawatankuasa pakar berhubung pengharaman vape sebelum membentangkan syor itu kepada Kabinet.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata syor berkenaan, yang akan dibentang sebaik proses kajian itu selesai, menjadi langkah susulan penting ke arah pengharaman produk itu di Malaysia.

Sementara itu, Jamaliah berkata Hospital Pakar Selgate Rawang sedang menunggu kelulusan Kementerian Kesihatan untuk memulakan operasi dalam tempoh terdekat

Menurutnya, kelulusan tersebut dijangka diperoleh dalam tempoh sebulan hingga dua bulan lagi dengan hampir semua fasiliti di hospital itu mematuhi peraturan Cawangan Kawalan Amalan Perubatan Swasta (CKAPS).

“Ini merupakan berita baik untuk penduduk. Apabila saya melawat hospital ini, fasilitinya cukup dan sangat kompetitif dengan hospital swasta lain dengan harga yang sangat munasabah,” katanya.

Dato' Menteri Besar Selangor Dato' Seri Amirudin Shari bergambar bersama pengurusan Hospital Pakar Selgate Rawang ketika melakukan lawatan kerja ke hospital itu pada 28 Julai 2025. Foto HAFIZ OTHMAN/MEDIA SELANGOR

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.