ad

Bapa disyaki bunuh anak umur enam tahun direman seminggu

1 Ogos 2025, 4:27 AM
Bapa disyaki bunuh anak umur enam tahun direman seminggu

SEREMBAN, 1 OGOS: Seorang bapa direman seminggu hingga 7 Ogos ini bagi membantu siasatan berhubung kes kematian anak lelakinya berusia enam tahun yang mayatnya ditemukan di kawasan Rompin, Jempol dekat sini, 28 Julai lepas.

Ketua Polis Daerah Jempol Supt Norhisham Mustapar berkata perintah reman terhadap lelaki berusia 36 tahun itu dikeluarkan Majistret Norshazwani Ishak di Mahkamah Majistret Bahau hari ini.

“Ia bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Media sebelum ini melaporkan, lelaki itu membuat laporan polis pada 24 Julai lepas mendakwa anaknya hilang di kawasan Taman Bukit Indah, Iskandar Puteri, Johor.

Dia pada awalnya mendakwa kanak-kanak itu hilang kira-kira 4 petang, 23 Julai ketika ditinggalkan berseorangan di dalam kereta semasa suspek keluar membeli makanan.

Mayat kanak-kanak itu kemudian dijumpai ditanam di kawasan Rompin, Jempol, kira-kira 4.30 petang, 28 Julai.

-- BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.