Poland siasat dakwaan rancangan bunuh perdana menteri, menteri pertahanan

11 Okt 2026, 1:56 PM
Poland siasat dakwaan rancangan bunuh perdana menteri, menteri pertahanan

ISTANBUL, 11 OKT: Kementerian Dalam Negeri Poland pada Ahad memaklumkan polis menerima laporan mengenai kemungkinan rancangan pembunuhan yang menyasarkan Perdana Menteri Donald Tusk dan Menteri Pertahanan Wladyslaw Kosiniak-Kamysz, lapor Anadolu Ajansi.

Menteri Dalam Negeri Marcin Kierwinski dan Tomasz Siemoniak, menteri yang menyelia perkhidmatan perisikan, telah mengarahkan tindakan diambil berhubung perkara itu, kata jurucakap Kementerian Dalam Negeri Karolina Galecka menerusi platform media sosial X.

Wakil perkhidmatan keselamatan negara itu juga dijangka mengadakan mesyuarat tergempar.

Jurucakap kerajaan Adam Szlapka memberitahu penyiar swasta Polsat News bahawa "perkara itu serius", sambil menambah Tusk telah diberi taklimat mengenai ancaman berkenaan pada pagi Ahad, menurut penyiar TVP World.

Beliau menegaskan Tusk kekal berada di Warsaw dan meneruskan tugas rasminya.

"Perkhidmatan keselamatan sudah tentu sedang menangani perkara ini dan semua maklumat yang boleh didedahkan pada peringkat ini akan diberikan sejurus selepas mesyuarat itu," kata Szlapka.

-- BERNAMA-ANADOLU

TAG: Poland, rancangan pembunuhan, Donald Tusk, Wladyslaw Kosiniak-Kamysz

Kategoriglobal

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.