KUALA LUMPUR, 31 JULAI: Program Latihan Pembangunan Usahawan PLATS (U-PLATS) berjaya memperkasa peniaga melalui pelbagai peringkat latihan yang teratur dan berkesan.
Menerusinya, empat modul pembangunan usahawan diperkenal iaitu U-PLATS Digital, U-PLATS Halal, PLATS Biaya dan U-PLATS Expand.
Ketua Pegawai Eksekutif Selangor Youth Community (SAY) Aiman Syafiq Nazri berkata, kira-kira 800 peniaga dilatih di bawah U-PLATS Digital sejak 2023 hingga kini sekali gus memperkukuh daya saing mereka dalam ekonomi digital dan keusahawanan moden.
[caption id="attachment_713187" align="alignleft" width="500"] Ketua Pegawai Eksekutif Selangor Youth Community (SAY) Aiman Syafiq Nazri ditemui di Showcase Satu Daerah Satu Industri (SDSI) Peringkat Kebangsaan 2025 di MITEC Kuala Lumpur pada 30 Julai 2025. Foto HARUN TAJUDIN/MEDIA SELANGOR[/caption]
“Platform Selangor (PLATS) adalah direktori yang mengumpulkan peniaga di Selangor, jadi kesinambungan dari direktori PLATS itu, U-PLATS Digital diperkenalkan iaitu program latihan keusahawanan memberi fokus kepada pendigitalan perniagaan.
“Ia termasuk pendigitalan perniagaan, pengukuhan kehadiran di media sosial serta penggunaan pembayaran tanpa tunai seperti kod QR, sekali gus meningkatkan kecekapan dan daya saing perniagaan. Setakat ini siri satu dan dua selesai dijalankan, siri ketiga akan diteruskan dijangka September,” katanya.
Beliau ditemui selepas sesi perkongsian bertajuk Selangor Memperkasa Usahawan Tempatan sempena Showcase Satu Daerah Satu Industri (SDSI) Peringkat Kebangsaan 2025 di Pusat Perdagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia (Mitec) di sini, semalam.
Ketua Pegawai Eksekutif Halal International Selangor (HIS) Khushairi Lasar berkata seramai 10 usahawan yang dilatih dalam U-PLATS Halal berjaya menerima pensijilan halal dalam tempoh kira-kira sebulan bimbingan.
[caption id="attachment_713188" align="alignright" width="500"]
Ketua Pegawai Eksekutif Halal International Selangor (HIS) Khushari Lasar ditemui di Showcase Satu Daerah Satu Industri (SDSI) Peringkat Kebangsaan 2025 di MITEC Kuala Lumpur pada 30 Julai 2025. Foto HARUN TAJUDIN/MEDIA SELANGOR[/caption]
“Kita jalankan latihan ini, advokasi halal kepada usahawan PLATS yang bersedia untuk permohonan mendapatkan sijil halal. Dalam siri pertama kita diberikan 10 peniaga, dalam tempoh kira-kira sebulan lapan daripada mereka berjaya mendapatkan pensijilan halal.
“Untuk siri kedua dijangka bermula September atau Oktober, kita sasar lebih banyak iaitu sekitar 200 peserta menyertainya. Kita juga sedang bangunkan sistem dan hampir siap iaitu Certificate Readiness Assessment (CRA) membantu usahawan menjawab soalan kendiri untuk mengenalpasti kesediaan mereka untuk pensijilan halal,” katanya.
Ketua Pegawai Perniagaan Yayasan Hijrah Selangor (Hijrah Selangor), Nilammasri Jaafar berkata, program PLATS Biaya yang dikendalikan pihaknya memanfaatkan 132 peniaga PLATS dengan pembiayaan sehingga RM3,000, melibatkan keseluruhan dana hampir RM400,000 setakat ini.
[caption id="attachment_713189" align="alignleft" width="500"] Ketua Pegawai Perniagaan Yayasan Hijrah Selangor Selangor (Hijrah Selangor) Nilammasri Jaafar ditemui di Showcase Satu Daerah Satu Industri (SDSI) Peringkat Kebangsaan 2025 di MITEC Kuala Lumpur pada 30 Julai 2025. Foto HARUN TAJUDIN/MEDIA SELANGOR[/caption]
“Pembiayaan ini tidak dikenakan faedah dan mereka perlu bayar dalam tempoh 12 bulan. Rekod pembayaran juga baik menunjukkan peniaga berhasil catat peningkatan dalam perniagaan,” katanya.
Pada 2023, Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI memperkenal program U-PLATS antaranya bagi membantu usahawan menguruskan perniagaan secara digital dengan penglibatan 12 pihak berkuasa tempatan.
Antara modul bimbingan termasuk berkaitan pengenalan kepada keusahawanan, media sosial dan e-dagang serta penciptaan kandungan digital.
[caption id="attachment_713136" align="aligncenter" width="1174"] Pengurus Kanan merangkap Pengarah Projek Platform Selangor (PLATS) Siti Nur Hazwani Md Sabudin (dua, kiri) bercakap di Talkshow PLATS bersempena Showcase Satu Daerah Satu Industri (SDSI) Peringkat Kebangsaan 2025 di MITEC Kuala Lumpur pada 30 Julai 2025. Foto HARUN TAJUDIN/MEDIA SELANGOR[/caption]
[caption id="attachment_713190" align="aligncenter" width="1318"] Pengurus Kanan merangkap Pengarah Projek Platform Selangor (PLATS) Siti Nur Hazwani Md Sabudin bersama hadirin di Talkshow PLATS bersempena Showcase Satu Daerah Satu Industri (SDSI) Peringkat Kebangsaan 2025 di MITEC Kuala Lumpur pada 30 Julai 2025. Foto HARUN TAJUDIN/MEDIA SELANGOR[/caption]
[caption id="attachment_713191" align="aligncenter" width="1336"] Orang ramai mengikuti Talkshow PLATS bersempena showcase Satu Daerah Satu Industri (SDSI) Peringkat Kebangsaan 2025 di MITEC Kuala Lumpur pada 30 Julai 2025.Foto HARUN TAJUDIN/MEDIA SELANGOR[/caption]