AGENDA

Hospital Selgate penuhi keperluan penduduk, kukuh ekosistem kesihatan Selangor

28 Jul 2025, 9:14 AM
Hospital Selgate penuhi keperluan penduduk, kukuh ekosistem kesihatan Selangor
Hospital Selgate penuhi keperluan penduduk, kukuh ekosistem kesihatan Selangor
Hospital Selgate penuhi keperluan penduduk, kukuh ekosistem kesihatan Selangor
Hospital Selgate penuhi keperluan penduduk, kukuh ekosistem kesihatan Selangor
Hospital Selgate penuhi keperluan penduduk, kukuh ekosistem kesihatan Selangor

SELAYANG, 28 JULAI: Hospital Pakar Selgate Rawang yang sudah siap sepenuhnya akan meningkatkan tahap perkhidmatan sekali gus memenuhi keperluan kesihatan yang semakin meningkat di sekitar daerah itu.

Dato’ Menteri Besar berkata, kemudahan hospital baharu itu membolehkan penduduk Rawang mendapatkan rawatan segera tanpa melalui waktu menunggu lama melalui institusi kesihatan awam di kawasan itu.

“Sebelum ini, penduduk bergantung kepada hospital awam milik kerajaan persekutuan di Hospital Selayang, jaraknya dari sini adalah dalam 20 hingga 25 minit.

“Pembinaan hospital awam pakar ini akan meningkatkan taraf khidmat kesihatan rakyat selain manfaat penduduk di kawasan industri seperti Rawang, Tanjung Malim, Bukit Beruntung dan Lembah Beringin,” kata Dato’ Seri Amirudin Shari.

[caption id="attachment_712757" align="aligncenter" width="1110"] Dato' Menteri Besar Selangor Dato' Seri Amirudin Shari melihat kemudahan yang terdapat di Hospital Pakar Selgate Rawang ketika melakukan lawatan kerja ke hospital itu pada 28 Julai 2025. Foto HAFIZ OTHMAN/MEDIA SELANGOR[/caption]

Ditemui selepas melakukan tinjauan di hospital berkenaan, Amirudin menambah Selgate Corporation kini menjadi peneraju membangunkan ekosistem kesihatan awam negeri sejak ditubuhkan pada 2015.

Menurutnya, anak syarikat milik penuh Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) itu merancang untuk membina lima buah lagi hospital swasta sekitar negeri.

“Selgate mempunyai 16 jaringan klinik termasuk pergigian, jaringan makmal dan farmasi. Kita juga membuat pemantauan penuh termasuk dalam pemberian vaksin ketika Covid-19.

“Melalui pengalaman berharga dalam menangani pandemik dan peranan Selgate meningkat sistem taraf kesihatan sejak 10 tahun lepas ditubuhkan, merangsang negeri untuk membina beberapa hospital lagi,” ujarnya.

[caption id="attachment_712756" align="aligncenter" width="1179"] Dato' Menteri Besar Selangor Dato' Seri Amirudin Shari melihat kemudahan yang terdapat di Hospital Pakar Selgate Rawang ketika melakukan lawatan kerja ke hospital itu pada 28 Julai 2025. Foto HAFIZ OTHMAN/MEDIA SELANGOR[/caption]

[caption id="attachment_712759" align="aligncenter" width="1140"] Dato' Menteri Besar Selangor Dato' Seri Amirudin Shari mencuba peralatan Super Inductive System di wad fisioterapi ketika melakukan lawatan kerja di Hospital Pakar Selgate Rawang pada 28 Julai 2025. Foto HAFIZ OTHMAN/MEDIA SELANGOR[/caption]

[caption id="attachment_712760" align="aligncenter" width="928"] Dato' Menteri Besar Selangor Dato' Seri Amirudin Shari melihat kemudahan yang terdapat di Hospital Pakar Selgate Rawang ketika melakukan lawatan kerja ke hospital itu pada 28 Julai 2025. Foto HAFIZ OTHMAN/MEDIA SELANGOR[/caption]