AGENDA

Hospital pakar swasta pertama negeri Selgate Rawang sedia beroperasi

28 Jul 2025, 8:16 AM
Hospital pakar swasta pertama negeri Selgate Rawang sedia beroperasi
Hospital pakar swasta pertama negeri Selgate Rawang sedia beroperasi
Hospital pakar swasta pertama negeri Selgate Rawang sedia beroperasi
Hospital pakar swasta pertama negeri Selgate Rawang sedia beroperasi

SELAYANG, 28 JULAI: Kerajaan Selangor melalui Selgate Corporation membina Hospital Pakar Selgate Rawang yang menjadi institusi kesihatan swasta pertama dibangunkan di negeri itu.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata, hospital yang menelan kos RM150 juta itu siap dibina sepenuhnya dan dijangka beroperasi dalam masa terdekat.

“Kita sedang menunggu kebenaran Kementerian Kesihatan untuk beroperasi dan mereka akan datang untuk melakukan inspection (pemeriksaan).

[caption id="attachment_712735" align="aligncenter" width="1062"] Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari melakukan lawatan kerja ke Hospital Pakar Selgate Rawang pada 28 Julai 2025. Foto HAFIZ OTHMAN/MEDIA SELANGOR[/caption]

“Sebagai permulaan, hospital menyediakan 60 katil, selengkapnya hingga 200 katil menjelang 2027.

“Alhamdulillah ia merupakan hospital pertama yang dibangunkan institusi negeri secara langsung melalui Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) sejak 2018,” katanya pada sidang media.

Terdahulu, Amirudin turun padang membuat tinjauan ke hospital swasta itu bagi melihat sendiri hospital berkenaan.

Amirudin turut diberi taklimat oleh pasukan pengurusan Selgate Corporation diketuai Ketua Pegawai Eksekutifnya Dato’ Noor Hisham Mohd Ghouth.

Dato’ Menteri Besar turut meninjau seluruh fasiliti sambil meluangkan masa berinteraksi dan beramah mesra dengan kakitangan hospital.

[caption id="attachment_712736" align="aligncenter" width="989"] Dato' Menteri Besar Selangor Dato' Seri Amirudin Shari melihat kemudahan yang terdapat di Hospital Pakar Selgate Rawang ketika melakukan lawatan kerja ke hospital itu pada 28 Julai 2025. Foto HAFIZ OTHMAN/MEDIA SELANGOR[/caption]

[caption id="attachment_712737" align="aligncenter" width="962"] Dato' Menteri Besar Selangor Dato' Seri Amirudin Shari melihat kemudahan yang terdapat di Hospital Pakar Selgate Rawang ketika melakukan lawatan kerja ke hospital itu pada 28 Julai 2025. Foto HAFIZ OTHMAN/MEDIA SELANGOR[/caption]