SELAYANG, 27 JULAI: Program komuniti Kampung Siaga 221 perlu ditambah ke beberapa lokaliti supaya lebih ramai penduduk diberi pendedahan persiapan awal sekiranya berdepan situasi kecemasan.
Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata penambahan itu juga mampu menangani isu kekurangan sukarelawan di sesebuah lokaliti.
“Di Selangor kita ada dua pasukan iaitu Sukarelawan Selangor (Serve) dibawah Majlis Sukan Negeri yang mana seramai 10,000 berdaftar dan daripada jumlah itu 700 dilatih dengan bomba.
[caption id="attachment_712553" align="aligncenter" width="1104"]
Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari berucap ketika melancarkan Kampung Siaga 221 di Dewan Orang Ramai Kampung Nakhoda Batu Caves, Selayang pada 27 Julai 2025. AHMAD ZAKKI JILAN/MEDIA SELANGOR[/caption]
“Kemudian ada Team Selangor, juga 10,000 sukarelawan dan kira-kira 300 dilatih dengan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM). Mereka bukan sabaja bantu laksana program dan aktiviti tetapi turun ketika bencana.
“Jadi, perlu ada penambahan di beberapa komuniti supaya masyarakat dapat siap siaga dengan ilmu dalam menangani krisis bencana atau apa-apa situasi yang berlaku,” katanya.
Beliau berucap pada Majlis Pelancaran Kampung Siaga 221 peringkat negeri di Kampung Nakhoda, Batu Caves di sini hari ini.
[caption id="attachment_712554" align="aligncenter" width="1171"]
Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari melancarkan Kampung Siaga 221 di Dewan Orang Ramai Kampung Nakhoda Batu Caves, Selayang pada 27 Julai 2025. AHMAD ZAKKI JILAN/MEDIA SELANGOR[/caption]
Terdahulu, dalam ucapannya beliau turut menjelaskan kepentingan sukarelawan dalam komuniti berikutan nisbah penduduk dengan sukarelawan agak jauh di Selangor kerana penduduknya melebihi 7 juta.
Katanya, dengan pelaksanaan program Kampung Siaga 221 bukan sahaja mewujudkan kesiapsiagaan dan kesedaran dalam bantuan awal kecemasan tetapi meningkatkan kemakmuran.
Program Kampung Siaga 221 membabitkan 29 kampung di seluruh negara dengan penyertaan 10,771 orang bagi meningkatkan kesiapsiagaan dan persediaan awal penduduk di kawasan pedalaman menghadapi sebarang bencana.
[caption id="attachment_712552" align="aligncenter" width="1109"]
Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari memeriksa perbarisan ketika pelancaran Kampung Siaga 221 di Dewan Orang Ramai Kampung Nakhoda Batu Caves, Selayang pada 27 Julai 2025. AHMAD ZAKKI JILAN/MEDIA SELANGOR[/caption]
[caption id="attachment_712555" align="aligncenter" width="1254"]
Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari melawat Pusat Kawalan Operasi Bencana dan Kecemasan selepas melancarkan Kampung Siaga 221 di Dewan Orang Ramai Kampung Nakhoda Batu Caves, Selayang pada 27 Julai 2025. AHMAD ZAKKI JILAN/MEDIA SELANGOR[/caption]
[caption id="attachment_712556" align="aligncenter" width="990"]
Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari melawat Pusat Kawalan Operasi Bencana dan Kecemasan selepas melancarkan Kampung Siaga 221 di Dewan Orang Ramai Kampung Nakhoda Batu Caves, Selayang pada 27 Julai 2025. AHMAD ZAKKI JILAN/MEDIA SELANGOR[/caption]


