KLANG, 14 JUL: Musim durian tahun ini mencatatkan permintaan yang kekal tinggi tanpa sebarang lambakan buah, malah harga masih dianggap berpatutan meskipun berlaku sedikit kenaikan bagi beberapa gred premium.
Pemilik Durian Brothers Shahrul Hatta, 35, berkata buah durian gred tinggi seperti IOI, Udang Merah dan D24 kekal menjadi pilihan utama pelanggan kerana kualitinya yang memenuhi cita rasa ramai.
[caption id="attachment_710246" align="aligncenter" width="818"]
Pemilik Durian Brothers Shahrul Hatta, 35,[/caption]
“Dari segi gred, yang ada lambakan cuma buah kampung dan Musang King gred C, jadi harganya lebih murah. Biasanya lambakan berlaku serentak, bermula dari Pahang, kemudian Johor dan Perak.
“Harga juga tidak terlalu menurun. Tahun lepas IOI boleh dijual RM10 sekilogram, tapi tahun ini paling rendah RM18. Memang ada sedikit kenaikan, tetapi sambutan tetap ada, terutama pelanggan tetap,” katanya ketika ditemui Media Selangor.
[caption id="attachment_710240" align="aligncenter" width="812"]
Pekerja menyusun durian mengikut jenis semasa tinjauan Media Selangor di Durian Brothers, Klang pada 13 Julai 2025. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR[/caption]
Menurut beliau, jualan secara pukal berbanding timbang kilo lebih mendapat sambutan kerana lebih menjimatkan dan mesra bajet keluarga.
“Set paling laris ialah tiga biji RM50 dan lapan biji RM100. Kaedah ini sesuai untuk keluarga berpendapatan sederhana.
“Untung tidak banyak, tapi cukup untuk tampung kos operasi dan kekalkan pelanggan sedia ada. Gred ini pula memang jadi pilihan ramai sebab isi lembut, tebal dan manis,” katanya lagi.
[caption id="attachment_710242" align="aligncenter" width="812"]
Pekerja menunjukkan isi durian ketika tinjauan Media Selangor di Durian Brothers, Klang pada 13 Julai 2025. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR[/caption]
Shahrul yang menjalankan perniagaan itu sejak 10 tahun lalu bersama dua rakan kongsi turut menyediakan pelbagai kemudahan demi keselesaan pelanggan, termasuk ruang parkir luas dan air minuman percuma.
“Kini, kami ada 10 cawangan di seluruh Klang dengan 30 pekerja. Jualan boleh mencecah hingga 300 bakul sehari,” katanya.
[caption id="attachment_710239" align="aligncenter" width="754"]
Pekerja sedang membuka durian untuk dimasukkan ke dalam bekas ketika tinjauan Media Selangor di Durian Brothers, Klang pada 13 Julai 2025. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR[/caption]
[caption id="attachment_710243" align="aligncenter" width="736"]
Bekalan durian untuk dijual tiba ketika tinjauan Media Selangor di Durian Brothers, Klang pada 13 Julai 2025. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR[/caption]
[caption id="attachment_710244" align="aligncenter" width="871"]
Pelanggan menikmati durian ketika tinjauan Media Selangor di Durian Brothers, Klang pada 13 Julai 2025. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR[/caption]


