(Digitorial)
Buat anda yang sedang mencari kediaman selesa, moden dan strategik, Adira Series 3 – satu lagi projek oleh pemaju terkemuka Sime Darby Property adalah pilihan terbaik untuk anda.
Terletak di Bandar Bukit Raja, Klang, projek hartanah eksklusif ini memasuki fasa terakhir, memberi peluang untuk memiliki rumah impian anda.
Rumah teres berciri premium
Adira Series 3 menawarkan rumah teres pegangan bebas (freehold) bersaiz 20’x75’, dengan keluasan bermula dari 1,910 kaki persegi.
Dilengkapi empat bilik tidur dan empat bilik air yang luas, kediaman ini sesuai untuk keluarga besar dan multigenerasi.
Reka bentuk ruang tamu yang lebih luas memastikan keselesaan maksimum, sama ada untuk bersantai, menerima tetamu atau bekerja dari rumah dalam suasana yang tenang dan selesa.
Hanya beberapa langkah dari taman terbesar di Klang yang berkeluasan 180 ekar, Adira Series 3 menjanjikan suasana hidup yang lebih sihat dan seimbang.
Taman kejiranan seluas 4.7 ekar lengkap dengan 16 kemudahan rekreasi memberi nilai tambah kepada gaya hidup aktif dan sihat untuk seisi keluarga.
Kemudahan terkini, lokasi mudah diakses
Setiap kediaman dilengkapi sambungan internet berkelajuan tinggi secara percuma selama setahun, serta kemudahan titik pengecas kenderaan elektrik (EV). Ciri-ciri ini menyokong gaya hidup moden dan lebih lestari.
Tidak dilupakan, kotak serahan bungkusan pintar memastikan setiap penghantaran anda lebih selamat dan mudah.
Adira Series 3 juga terletak berdekatan empat lebuh raya utama – WCE, NKVE, Shapadu dan Lebuhraya Persekutuan – menjadikan perjalanan harian lebih lancar dan efisien.
Harga bermula RM881,888 sahaja
Dengan pelbagai ciri moden, dan lokasi premium, Adira Series 3 ditawarkan pada harga bermula RM881,888 – satu nilai yang sukar ditandingi bagi kediaman di kawasan pesat membangun seperti Klang. Ini adalah peluang terakhir untuk memiliki unit dalam fasa akhir Adira Series 3.
Hubungi wakil jualan Sime Darby Property hari ini dan mulakan perjalanan membina memori terindah di sini.