ad
AGENDA

Casira 3 di Bandar Bukit Raja – Kediaman hijau untuk gaya hidup moden

24 Jul 2025, 3:00 AM
Casira 3 di Bandar Bukit Raja – Kediaman hijau untuk gaya hidup moden
Casira 3 di Bandar Bukit Raja – Kediaman hijau untuk gaya hidup moden
Casira 3 di Bandar Bukit Raja – Kediaman hijau untuk gaya hidup moden

Di sebalik hutan konkrit Lembah Klang, terserlah Casira 3 – kediaman berkonsep kehijauan yang merupakan pembangunan terkini oleh Sime Darby Property di Bandar Bukit Raja.

Dengan saiz lot 20' x 75' dan keluasan binaan bermula dari 1,700 kaki persegi, Casira 3 direka khusus buat keluarga moden yang mengutamakan keselesaan dan ketenangan dalam suasana komuniti yang harmoni.

Ciri istimewa seperti bumbung dengan panel cahaya langit membolehkan pencahayaan semula jadi menerangi ruang dalaman, mewujudkan suasana hangat dan mesra yang melengkapkan kehijauan persekitaran luar rumah. Casira 3 menawarkan tiga jenis unit:

Jenis A (unit tengah) – dilengkapi halaman belakang sepanjang 10 kaki, sesuai untuk aktiviti riadah keluarga atau sebagai taman mini peribadi.

Jenis E (unit tepi) dan Jenis C (unit hujung) – menawarkan empat bilik tidur dan empat bilik air, termasuk satu bilik mesra kerusi roda di aras bawah – penyelesaian bijak untuk keluarga yang mempunyai warga emas.

Setiap bilik tidur yang luas turut dilengkapi bilik air peribadi, memberikan pengalaman seakan berada di pusat percutian eksklusif – tanpa perlu meninggalkan rumah.

Alam semula jadi yang menenangkan jiwa

 Casira 3 menyajikan persekitaran hijau yang subur dengan keluasan taman sehingga 3.56 hektar (8.8 ekar), lengkap dengan tasik yang indah dan menenangkan.

Suasana ini amat sesuai untuk aktiviti riadah seisi keluarga – sama ada bersiar-siar di tepi tasik, menemani anak-anak berbasikal di laluan khas, atau berkelah di padang rumput terbuka – semuanya dalam persekitaran rumah anda sendiri. Taman bandar ini turut dilengkapi pelbagai kemudahan rekreasi seperti laluan joging, padang rumput terbuka dan zon permainan kanak-kanak untuk memenuhi keperluan semua peringkat usia.

Kediaman moden untuk gaya hidup kotemporari

 Direka bagi memenuhi keperluan gaya hidup moden, Casira 3 menawarkan pelbagai ciri praktikal yang memudahkan kehidupan harian.

Setiap unit dilengkapi peti simpanan bungkusan yang selamat, titik pengecas kenderaan elektrik (EV), titik kuasa pemanas air di setiap bilik mandi serta titik kuasa penyaman udara di semua bilik tidur dan ruang tamu – memastikan keselesaan maksimum untuk seluruh keluarga. Bukan sekadar kediaman, Casira 3 juga menyediakan kemudahan rekreasi bagi menyokong gaya hidup sihat dan aktif.

Lokasinya yang strategik di Lembah Klang turut menawarkan akses mudah ke empat lebuh raya utama – Lebuhraya Pantai Barat (WCE), Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE), Lebuhraya Shapadu dan Lebuhraya Persekutuan. Dengan harga bermula daripada RM797,888, kediaman ini sedia diduduki serta-merta dan disertakan dengan internet berkelajuan tinggi percuma selama setahun – menjadikan permulaan hidup baharu anda lebih lancar.

Untuk maklumat lanjut, layari laman web rasmi Sime Darby Property di https://www.simedarbyproperty.com/bandar-bukit-raja/casira-3

Anda juga boleh menghubungi talian 03-3361 7288, membuat tempahan lawatan ke bilik pameran, atau terus ke Galeri Jualan Bandar Bukit Raja di No. 1E, Jalan Gamelan, Bandar Bukit Raja, Klang.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.